THE GOLDEN OIL OF MOROCCO
Argan Oil
MINYAK ARGAN
RM70.00
Minyak Argan adalah satu penemuan besar yang diperakui sebagai anti-penuaan yang terbaik.
Masa kini, terdapat pelbagai produk di pasaran yang diyakini berfungsi sebagai anti-penuaan
dengan menggunakan pelbagai bahan termasuk bahan kimia yang berbahaya dan tidak
memberikan kesan yang diharapkan. Minyak Argan ini diperolehi 100% asli terus dari biji argan
tanpa sebarang bahan kimia atau sebatian merbahaya yang diperakui oleh pakar-pakar
kecantikan di seluruh dunia dan kini mendapat permintaan yang sangat tinggi.
Apakah itu Anti-Penuaan ?
Tubuh manusia terdiri dari unit-unit yang tidak terbilang jumlahnya di kenali sebagai sel. Sel
ini memerlukan makanan untuk kelangsungan hidup seperti manusia itu sendiri. Untuk kekal
sihat dan kuat, sel ini memerlukan diet atau permakanan yang seimbang dan lengkap dengan
semua nutrien yang di perlukan. Tubuh badan manusia akan secara semulajadi membaik pulih
dan menggantikan sel-sel yang telah tua atau mati dengan secara sistematik dan teratur.
Untuk itu, dua komponen yang diperlukan untuk menyelesaikan tugas ini ialah bahan
mentah dan tenaga yang dihasilkan. Terdapat 3 pilihan untuk penggantian sel-sel ini :-
|
|
| | Akan digantikan dengan sel-sel yang lemah kerana kekurangan makanan
yang seimbang dan kurang nutrien. Proses ini dikenali sebagai degenerasi. | |
| | | |
| | Akan digantikan dengan sel-sel yang berkualiti sama dengan yang asal
kerana bekalan makanan yang mencukupi. | |
| | | |
| | Akan digantikan dengan sel-sel yang lebih baik, lebih kuat dan lebih segar. Dengan permakanan dan nutrien yang mencukupi proses ini dipanggil
penjanaan semula. Inilah yang dikenali sebagai anti-penuaan.
Minyak Argan (Anti-Penuaan)
Cara Penggunaan Minyak Argan (Pada Muka)
1.Cuci muka dari sebarang alat solek atau kotoran dengan pencuci muka.
2.Titiskan beberapa titis Minyak Argan ke tapak tangan.
3.Ratakan minyak di tapak tangan dan sapukan ke muka.
4.Urut perlahan-lahan untuk ratakan Minyak Argan ke seluruh bahagian muka
5.Berhenti mengurut setelah Minyak Argan rata dan meresap. |
6.Biarkan sehingga keesokan pagi dan cuci muka seperti biasa. |
|
|
*Minyak Argan juga sebagai agen pelembab yang akan mengekalkan kelembapan kulit.
|
*Gunakan hanya pada waktu malam dan tidak sesuai digunakan pada waktu siang
kerana tindak balas Minyak Argan yang pantas akan menyebabkan kulit anda
menjadi hitam bila terkena cahaya matahari.
|
*Ia juga boleh digunakan sebagai bahan asas untuk solekan wanita kerana sifatnya
yang tidak berminyak.
|
* Urutan dan Minyak Argan dapat melancarkan pergerakan darah di muka
dan menyerikan wajah anda.
Cara Penggunaan Minyak Argan (Pada Seluruh Badan)
|
1. Lap keseluruhan badan anda dengan tuala sehingga benar-benar kering.
2. Titiskan beberapa titisan Minyak Argan ke tapak tangan.
3. Sapukan pada anggota badan yang boleh dicapai dan urut dengan perlahan sehingga Minyak
Argan meresap ke dalam kulit.
4. Ulang langkah yang sama sehingga keseluruhan badan mendapat Minyak Argan.
5. Biarkan ia kering sendiri dan semalaman. Cuci dengan biasa keesokan pagi dengan sabun
mandian.
|
*Sebaik-baiknya digunakan pada waktu malam.
|
*Minyak Argan diselangi dengan aktiviti urutan dapat melancarkan peredaran darah, mengekalkan
keanjalan dan keremajaan kulit anda.
|
*Minyak Argan juga boleh digunakan dalam mandian wap.
|
|
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=N1R8TVC82iQ
CLICK HERE TO ORDER
Minyak Argan adalah minyak yang dihasilkan dari biji pokok Argan yang penuh dengan khasiat semulajadi untuk kosmetik dan kesihatan tubuh badan manusia secara dalaman dan luaran. Pokok Argan tergolong dalam spesies randa dapat hidup dalam cuaca dan keadaan muka bumi yang kering-kontang di bahagian barat daya Maghribi menjadikan ianya sangat istimewa dan unik serta amat sukar untuk di biakkan atau di tanam di mana-mana bahagian Maghribi ataupun negara lain.
Pokok Argan atau nama saintifiknya Argania Spinosa pernah meliputi Afrika Utara dan kini terancam serta berada di bawah perlindungan United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO). Pokok Argan tumbuh meliar di semi-padang pasir dengan sistem akar yang dalam, dapat membantu melindungi hakisan tanah di Utara Sahara.
Tumbuhan unik ini hidup di kawasan yang meliputi dataran Intramontane yang luas lebih daripada 2,560,000 hektar, yang bersempadan dengan High Atlas dan Little Atlas Mountains dan terbuka kepada Atlantik di barat. Minyak Argan kekal salah satu daripada minyak yang jarang ditemui di dunia disebabkan oleh kawasan-kawasan yang semakin kecil dan sangat khusus.
Cara Tradisional Ekstrak Minyak Argan
Minyak Argan secara tradisinya diekstrak oleh kaum Berber dari biji Argan yang
telah dipecahkan dengan menggunakan alat khas. Biji Argan telah dikisar dan ditekan oleh wanita kaum Berber untuk mengeluarkan minyak dengan bau dan rasa kacang.
Batu yang digunakan untuk menekan biji Argan adalah berbeza-beza bentuknya
dan batu gilingan tangan digunakan untuk menekan biji Argan yang mengandungi minyak.
Ia adalah satu proses yang sangat panjang dan mengambil masa beberapa hari untuk disiapkan.
Tetapi terdapat 2 kelebihan utama apabila menggunakan kaedah ini. Pertama,
keseluruhan proses pengeluaran dari lepas tuai untuk perahan minyak
dilakukan oleh orang yang sama, penggunaan biji Argan yang terbaik untuk
pengeluaran minyak boleh dijamin ketulenannya. Kedua, masalah pengoksidaan
biji yang terdedah tidak berlaku kerana pemprosesan biji yang dilakukan segera
tanpa perlu bertangguh. Sebaliknya, dalam kaedah industri estrak biji yang moden,
ia lebih terdedah kepada pengoksidaam kerana terdedah kepada persekitaran yang lebih panjang.
http://www.youtube.com/watchfeature=player_embedded&v=F3CVdBvjmLs
http://www.youtube.com/watchfeature=player_embedded&v=6M24FW7q6Yg
|
|
|
The information on this website is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent disease or to replace a one-on-one relationship with a qualified health care professional and is not intended as alternative to medical advice or other professional healthcare provider. It is intended as a sharing of knowledge and information from the research and experience of herbal practitioner and our community. If you may be suffering from any medical condition, or experiencing symptoms or health problems, you should seek immediate medical attention consult your qualified health care professional. Never delay seeking medical advice, disregard medical advice or discontinue medical treatment because of information on this website.
|
|
|