November 2, 2013

THE GOLDEN OIL OF MOROCCO
Argan Oil



MINYAK ARGAN
RM70.00

 




Minyak Argan adalah satu penemuan besar yang diperakui sebagai anti-penuaan yang terbaik. 
Masa kini, terdapat pelbagai produk di pasaran yang diyakini berfungsi sebagai anti-penuaan 
dengan menggunakan pelbagai bahan termasuk bahan kimia yang berbahaya dan tidak 
memberikan kesan yang diharapkan. Minyak Argan ini diperolehi 100% asli terus dari biji argan 
tanpa sebarang bahan kimia atau sebatian merbahaya yang diperakui oleh pakar-pakar 
kecantikan di seluruh dunia dan kini mendapat permintaan yang sangat tinggi.


Apakah itu Anti-Penuaan ?

Tubuh manusia terdiri dari unit-unit yang tidak terbilang jumlahnya di kenali sebagai sel. Sel 
ini memerlukan makanan untuk kelangsungan hidup seperti manusia itu sendiri. Untuk kekal 
sihat dan kuat, sel ini memerlukan diet atau permakanan yang seimbang dan lengkap dengan 
semua nutrien yang di perlukan. Tubuh badan manusia akan secara semulajadi membaik pulih 
dan menggantikan sel-sel yang telah tua atau mati dengan secara sistematik dan teratur. 
Untuk itu, dua komponen yang diperlukan untuk menyelesaikan tugas ini ialah bahan 
mentah dan tenaga yang dihasilkan. Terdapat 3 pilihan untuk penggantian sel-sel ini :-


Akan digantikan dengan sel-sel yang lemah kerana kekurangan makanan 
yang seimbang dan kurang nutrien. Proses ini dikenali sebagai degenerasi.
Akan digantikan dengan sel-sel yang berkualiti sama dengan yang asal 
kerana bekalan makanan yang mencukupi.
Akan digantikan dengan sel-sel yang lebih baik, lebih kuat dan lebih segar.
Dengan permakanan dan nutrien yang mencukupi proses ini dipanggil 

penjanaan semula. Inilah yang dikenali sebagai anti-penuaan.

Minyak Argan (Anti-Penuaan)






Fakta telah membuktikan dari penyelidik-penyelidik seluruh dunia bahawa anti-penuaan 
bukan sekadar impian tetapi adalah realiti. Makanan seperti coklat, gula, susu dan 
karbohidrat yang tinggi boleh menyebabkan kemerosotan fungsi dan kekuatan sel-sel 
pada tubuh badan manusia. Manakala makanan dari biji benih, buah-buahan segar 
dan sayur-sayuran dapat mengekalkan dan mengembalikan kekuatan 
dan fungsi sel-sel tersebut.
Minyak Argan yang diekstrak secara terus dari biji argan yang dilindungi kulit yang sangat 
keras, mengandungi secara teknikalnya bahan kimia organik dalam komposisi yang sangat 
unik adalah sangat baik untuk pertumbuhan semula sel-sel badan manusia dalam pelbagai cara.
Asid Lemak yang terdapat dalam minyak argan dapat mencegah dan mengurangkan 
keradangan yang merupakan ejen kemerosotan dan membunuh sel-sel tubuh.
Kehadiran Squelene dalam sel kulit manusia mengekalkan kelembutan kulit. 
Disebabkan degenarasi, kulit akan kehilangan kelembutan dan timbul 
kedutan yang menandakan penuaan. Minyak Argan dapat mengekalkan 
kelembutan kulit dan memperbaharui squelene.
Sterols dalam Minyak Argan melindungi protein penting yang terdapat 
di dalam sendi manusia yang di panggil Kolagen, sekaligus mencegah 
kulit dan sendi menunjukkan kesan-kesan penuaan.
Juzuk lain yang terdapat dalam Minyak Argan ialah sebatian fenolik. 
Sebatian fenolik melindungi badan daripada pencemaran dan radikal bebas.
Asid Lemak tidak tepu dalam Minyak Argan dapat melembutkan kulit 
yang kering dan merekah.
Penggunaan kerap Minyak Argan membantu mengurangkan kesan parut 
dan warna tidak sekata kulit.
Minyak Argan sangat berguna dalam menghapuskan stretch mark, kedutan dan 
tumit merekah yang muncul disebabkan oleh penuaan.

Daripada fakta ini, Minyak Argan terbukti 100% sebagai agen anti-penuaan terbaik di dunia.

Cara Penggunaan Minyak Argan (Pada Muka)

 1.Cuci muka dari sebarang alat solek atau kotoran dengan pencuci muka.
2.Titiskan beberapa titis Minyak Argan ke tapak tangan.
3.Ratakan minyak di tapak tangan dan sapukan ke muka.
4.Urut perlahan-lahan untuk ratakan Minyak Argan ke seluruh bahagian muka
5.Berhenti mengurut setelah Minyak Argan rata dan meresap.
6.Biarkan sehingga keesokan pagi dan cuci muka seperti biasa.

*Minyak Argan juga sebagai agen pelembab yang akan mengekalkan kelembapan kulit.

*Gunakan hanya pada waktu malam dan tidak sesuai digunakan pada waktu siang 
kerana tindak balas Minyak Argan yang pantas akan menyebabkan kulit anda 
menjadi hitam bila terkena cahaya matahari.

*Ia juga boleh digunakan sebagai bahan asas untuk solekan wanita kerana sifatnya 
yang tidak berminyak. 
Urutan dan Minyak Argan dapat melancarkan pergerakan darah di muka 
dan menyerikan wajah anda.


Cara Penggunaan Minyak Argan (Pada Seluruh Badan)

1. Lap keseluruhan badan anda dengan tuala sehingga benar-benar kering.
2. Titiskan beberapa titisan Minyak Argan ke tapak tangan.
3. Sapukan pada anggota badan yang boleh dicapai dan urut dengan perlahan sehingga Minyak
Argan meresap ke dalam kulit.
4. Ulang langkah yang sama sehingga keseluruhan badan mendapat Minyak Argan.
5. Biarkan ia kering sendiri dan semalaman. Cuci dengan biasa keesokan pagi dengan sabun
mandian.
*Sebaik-baiknya digunakan pada waktu malam.
*Minyak Argan diselangi dengan aktiviti urutan dapat melancarkan peredaran darah, mengekalkan 
keanjalan dan keremajaan kulit anda.
*Minyak Argan juga boleh digunakan dalam mandian wap.

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=N1R8TVC82iQ


CLICK HERE TO ORDER




Minyak Argan adalah minyak yang dihasilkan dari biji pokok Argan yang penuh dengan khasiat semulajadi untuk kosmetik dan  kesihatan tubuh badan manusia secara dalaman dan luaran. Pokok Argan tergolong dalam spesies randa dapat hidup dalam cuaca dan keadaan muka bumi yang kering-kontang di bahagian barat daya Maghribi menjadikan ianya sangat istimewa dan unik serta amat sukar untuk di biakkan atau di tanam di mana-mana bahagian Maghribi ataupun negara lain.

Pokok Argan atau nama saintifiknya Argania Spinosa pernah meliputi Afrika Utara dan kini terancam serta berada di bawah perlindungan United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO). Pokok Argan tumbuh meliar di semi-padang pasir dengan sistem akar yang dalam, dapat membantu melindungi hakisan tanah di Utara Sahara. 

Tumbuhan unik ini hidup di kawasan yang meliputi dataran Intramontane yang luas lebih daripada 2,560,000 hektar, yang bersempadan dengan High Atlas dan Little Atlas Mountains dan terbuka kepada Atlantik di barat. Minyak Argan kekal salah satu daripada minyak yang jarang ditemui di dunia disebabkan oleh kawasan-kawasan yang semakin kecil dan sangat khusus.




Cara Tradisional Ekstrak Minyak Argan


Minyak Argan secara tradisinya diekstrak oleh kaum Berber dari biji Argan yang 
telah dipecahkan dengan menggunakan alat khas. Biji Argan telah dikisar dan ditekan oleh wanita kaum Berber untuk mengeluarkan minyak dengan bau dan rasa kacang. 

Batu yang digunakan untuk menekan biji Argan adalah berbeza-beza bentuknya 
dan batu gilingan tangan digunakan untuk menekan biji Argan yang mengandungi minyak. 

Ia adalah satu proses yang sangat panjang dan mengambil masa beberapa hari untuk disiapkan.


Tetapi terdapat 2 kelebihan utama apabila menggunakan kaedah ini. Pertama, 
keseluruhan proses pengeluaran dari lepas tuai untuk perahan minyak 
dilakukan oleh orang yang sama, penggunaan biji Argan yang terbaik untuk 
pengeluaran minyak boleh dijamin ketulenannya. Kedua, masalah pengoksidaan 
biji yang terdedah tidak berlaku kerana pemprosesan biji yang dilakukan segera 
tanpa perlu bertangguh. Sebaliknya, dalam kaedah industri estrak biji yang moden, 
ia lebih terdedah kepada pengoksidaam kerana terdedah kepada persekitaran yang lebih panjang.

http://www.youtube.com/watchfeature=player_embedded&v=F3CVdBvjmLs

http://www.youtube.com/watchfeature=player_embedded&v=6M24FW7q6Yg





















































































































































































































The information on this website is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent disease or to replace a one-on-one relationship with a qualified health care professional and is not intended as alternative to medical advice or other professional healthcare provider. It is intended as a sharing of knowledge and information from the research and experience of herbal practitioner and our community.  If you may be suffering from any medical condition, or experiencing symptoms or health problems, you should seek immediate medical attention consult  your qualified health care professional. Never delay seeking medical advice, disregard medical advice or discontinue medical treatment because of information on this website.